Daging Kambing ni…

Terbaca dalam Utusan Online hari ni, tentang durian dan daging kambing ( here..)

Kasihan orang tu, sampai jatuh.

Mungkin ada betulnya durian tu panas, memang yang sering kita dengar durian tak sesuai dimakan oleh orang yang menghidap penyakit kronik tiga serangkai (darah tinggi, sakit jantung & diabetes). Tapi, macam mana pula dengan daging kambing? Betul ke yang daging kambing itu boleh menyebabkan orang yang menghidap darah tinggi, tekanan darahnya akan semakin tinggi lepas memakan kambing?

Kalau kita perhatikan, di zaman Rasulullah s.a.w. tidak terdapat lembu di kawasan baginda. Tak diketahui ada atau tidak, sebenarnya (just my assumptions). Tapi kita memang selalu kaitkan yang orang Arab makan daging kambing, dan bukan lembu. Bahkan, Rasulullah s.a.w. makan daging kambing.

Memetik daripada buku Quran Saintifik tulisan Dr Danial Zainal Abidin ( I remember I met him once when I had miscarriaged, a very nice physician🙂 ):

Walau bagaimanapun, yang jelas sekali adalah Nabi Muhammad bukannya seorang vegetarian. Hal ini disebabkan nabi menjamah daging dan susu haiwan walaupun pengambilannya tidaklah secara berlebihan. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Amr bin Umayyah bahawa, “Beliau melihat Rasulullah emotong daging kambing untuk dimakan dengan menggunakan sebilah pisau. Apabila suara azan berkumandang baginda berhenti dan terus bangun untuk melaksanakan solat”.

Sekiranya kambing itu sesuatu yang memudaratkan, sudah pasti baginda tidak memakannya. Malahan, Rasulullah s.a.w. tidak pernah diketahui menghidap sebarang penyakit yang orang ramai kini menghidapnya.

Rahsianya…

Bersederhana. Itulah yang digalakkan dalam Islam. Malangnya kita ini amat susah untuk bersederhana. InshaAllah, dengan ilmu dan amalan, kita mendapat mafaat daripadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s