Bila orang jawa buat nasi kerabu ;)

Dah lama tak buat entry tentang makanan😉

Alhamdulillah, hari Isnin baru2 ni melepaskan keinginan nak makan nasi kerabu. Perancangan awalnya nak masak waktu weekend, tapi Allah itu kan Maha Berkuasa.. dah kami sekeluarga jatuh sakit, terpaksala ditangguhkan. Dan perancangan Allah tu memang yang sebaik2nya. Menu hujung minggu jadi menu istimewa sempena anniversary🙂

Rupanya memang senang masak nasi kerabu ni. Dulu pernah belajar (dua kali ~ waktu Helwa dlm 2008 & kelas khas oleh kak Na Adam waktu tengah morning sickness, hehe..). Tapi waktu tu still rasa renyah.

Bila buat sendiri,  boleh siap dlm 2 jam tolak campur waktu layan kerenah si Rayyann (guna sebelah tangan sebab dia asyik mintak dukung, kemas barang yang dia asyik sepahkan dari kabinet makanan etc, etc..). Tapi ikutkan nasi kerabu kali ni masih ada kekurangan ~ ketiadaan keropok ikan, ayam percik jadi ayam goreng je. Tapi rasa alhamdulillah, masih ‘marvelous’.. ops!  tak bermaksud ‘masuk bakul angkat sendiri’. Tapi sangat puas hati sebab dapat lepaskan gian. Lebih2 lagi budu pun ada (jangan tak percaya kat UK pun ada jual budu😉 ). Bukan budu Malaysia tau (nanti akan cuba ambil gmbrnya kalau rajin).

 

Inilah dia nasi kerabu nya😀

Resipi yang dipakai bercampur2 sumber, ikut mana bahan yang ada. Sebelum ni pernah makan nasi kerabu biru (yang paling biasa), putih & kuning. Jadi kali ni kita tukarla jadi warna hijau (warna yang lain yang ada ialah warna oren, macam pelik sgt kot..hihi..). Dah bukan orang pure Kelantan, ikut suka hati jelah (lagi2 anak2 Hjh Khamariah ni yang ikut cara Bondanya.. hehe..).

InsyaAllah, dah tahu nak masak sendiri, tak perlu lagi nak bergantung beli di pasar malam nanti. Mudah2an juga dengan masak sendiri ni, dengan lebih terjaganya pemakanan keluarga, akan diberkati Allah. Terutamanya dalam mendidik anak2. Hasil air tangan ibu2 sememangnya lebih baik, lebih2 lagi makanan dimasak dengan perasaan kasih sayang, berzikir (jujurnya tak jugak selalu zikir ni, huhu.. mudah2an selalu diamalkan), dan yang pentingnya, kita solat.

Kadang2 terfikir juga untuk ‘ban’ sahaja pasar malam untuk orang2 melayu muslim. Biar yang ada cuma pasar pagi. Kesian melihat para peniaga meninggalkan solat (maghrib terutamanya) kerana mencari rezeki. Bukanlah semua, tapi tak mustahil ada yang sebegitu.Bagaimana rezeki nak diberkati.

Apa2 pun, yang penting semoga semangat ni tak pudar bila dah kembali ke Malaysia. Di sini mungkin senang cakap, memandangkan pilihan makanan terhad, waktu pun barangkali ada lebih terluang. Mungkin balik Malaysia nanti, dengan traffic jam, lebih sibuk dengan kerja.. beli makan luar juga yang mudah. Aduhai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s