Cerita Jumaat, Tulis Sabtu, Publish Minggu..

Cerita kali ini hanya cebisan2 cerita yang berlaku pada hari semalam, Jumaat 17 Disember

Khutbah Jumaat

Alhamdulillah, berpeluang sekali lagi untuk mengikuti khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Antara perkara yang tak pernah dibuat di Malaysia. Almaklumlah, biasanya tempat solat perempuan di masjid2 di Malaysia digunakan oleh kaum lelaki untuk solat Jumaat.

Seperkara yang saya suka tentang khutbah Jumaat di UK ni, penyampaiannya rasa sangat dekat di hati. Tak pernah melihat bagaimana khatib sampaikan. Adakah beliau membaca teks (perlu tanya sayang macam mana keadaan sebenarnya), walaupun berat hati mengatakan tiada teks. Mungkin ada point2 tertulis di kertas. Tapi tak mustahil segalanya sedia tersimpan di fikiran dan hati, menunggu masa untuk diluahkan segala ingatan dan pesanan.

Apapun, ringkasnya… tajuk khutbah adalah berkaitan dengan leadership. Kalau tak salah tajuk ni disampaikan dalam beberapa bahagian dari beberapa minggu yang lepas (dah berapa minggu tak ikut solat Jumaat ni – berkait eksperimen dan cuti solat ;)). Memandangkan 10 Muharram, atau hari Asyura baru berlalu pada Khamis yg lepas, maka dikaitkan juga tentang amalan hari tersebut.

Ramai sedia maklum disunatkan untuk kita berpuasa pada 9 & 10 Muharram. Tapi ada segolongan umat Islam (yang bermazhab syiah) sebaliknya meraikan (tak pasti kalau ‘rai’ perkataan yang tepat?) karbala sempena mengingati kisah kematian cucu Rasulullah saw, Hussein bin Ali r.a.

Khatib mengingatkan, ketua mana yang sepatutnya diikuti. Semestinya Rasulullah s.a.w, yang melalui hadis baginda menyarankan agar umat Islam melaksanakan puasa sunat pada hari tersebut. Sedangkan Hussein b Ali r.a tidak meminta agar kematiannya dikenang, apetah lagi melakukan mudarat pada diri sendiri adalah ditegah oleh Allah dan RasulNya.

Ziarah Ana

Petangnya (mungkinkah ‘malamnya’ yang lebih tepat, memandangkan hari dah gelap.. hehe..), sejurus lepas ambil Rayyann dari nursery, kami singgah kembali ke QMC. Ziarah Ana yang masih lagi di hospital selepas bersalin lebih 10 hari lepas. Anaknya mengalami exomphalos. Alhamdulillah sudah selamat menjalani pembedahan. Menunggu masa untuk sembuh & sihat sebelum boleh discharge. Update terkini, si anak sudah pun dipindahkan ke wad biasa.

Alhamdulillahi rabbi al alamin.

Mudah2an segera sembuh, cepat pulang ke rumah.. membesar dengan sihat seperti anak2 lain.

Apa itu exomphalos?

Exomphalos literally translated from the Greek means ‘outside the navel’. It is also called an omphalocoele. It is a congenital abnormality in which the contents of the abdomen herniate into the umbilical cord through the umbilical ring. The viscera, which often includes the liver, is covered by a thin membrane consisting of peritoneum and amnion. Source: www. patient.co.uk

Cerita lanjut tentang Ana & anak(2)nya (dan cerita2 mereka sekeluarga yang lain) – kunjungi Kisah Insyirah (psst..Ana, kite dah jadi tukang promote blog Ana nih.. hehe..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s