Coretan Buat Mama… a.k.a Opah Jamaiah :)

This year, I’m gonna write a special post for each of my family member on their birthday. And it starts with this…..

Today… 7 January.. is someone’s birthday..

And that someone is.. my mother in-law.. Mama..

Puan Hjh Jamaiah Mohd Yusof

Mama yang saya kenal, adalah seorang yang agak pendiam. A bit reserved.. yelah, kalau nak dibandingkan dengan Ibu saya yang peramah.

Mama seorang yang rajin. Kalau ke rumah orang, beliau selalu akan duduk tolong di dapur. Kadang2 saya terpinga2 (maklumlah, orang tak banyak buat kerja😦 ) bila ziarah saudara2 sebelah Dzul bila Mama menghilang ke dapur. Lagi2 kalau Dzul dah siku2 minta tolong tuan rumah juga. Aduhai.. terus terang saya ni bukan jenis orang yang senang menolong orang yang  saya kurang kenal. Tapi difikirkan balik, waktu itulah mungkin kita boleh beramah mesra dengan tuan rumah.

Mama sangat rajin masak. Banyak masa beliau dihabiskan di dapur. Mungkin kerana kehendak Bapak kadang2 yang suka makan. Atau mungkinkah sebab kami ada di rumah yang memaksa Mama untuk sediakan makanan sentiasa, takut kami kelaparan? Minta maaf banyak2 Mama kalau kehadiran kami menyusahkan Mama.

Mama seorang yang solehah juga. Sangat menjaga solat diri sendiri dan anak2. Senang juga hati melihat Mama & Bapak juga rajin menimba ilmu agama. Mama suka menonton rancangan2 agama seperti Forum Perdana, Al Kuliyah. Menarik diri sendiri untuk sama2 memperbaiki diri menjadi muslimah yang lebih baik.

Walaupun agak pendiam, Mama sangat caring. Teringat waktu saya keguguran waktu mengandung pertama kali, Mama yang menunggu saya di hospital, terutama bila Dzul pergi tunaikan solat Jumaat. Mama juga ada beri nasihat minta bersabar, melihat saya asyik menangis waktu tu. Ada juga Mama nasihatkan saya supaya jaga diri, maklumlah baru lepas mengandung. Mama juga risaukan diri saya yang tak berapa makan sebelum keguguran tu. Teringat juga waktu mengandung kali pertama dulu, Mama masak lemak ketam dan ikan terubuk goreng, kebetulan loya mengandung terus hilang waktu itu. Alhamdulillah saya makan dengan sedapnya🙂

Mama selalu bertanyakan hal pengajian kami di sini. Kami mengharapkan doa kejayaan daripada Mama, dan juga seluruh ahli keluarga kami. Mudah2an segalanya berjalan dengan lancar, insyaAllah. Allahumma rabbi yassir wala tu’assir..

Kadang2 saya terasa saya bukan menantu Mama yang baik. Kadang2 terasa cara saya bercakap dengan Mama mengguris hati Mama. Mungkin saya bermaksud untuk buat lawak, tapi bila kadang2 Dzul sendiri tegur cara saya cakap, saya terfikir saya dah terlajak dalam berbicara. Keluarga saya biasa buat lawak terus terang, yang ada sesetengah orang anggap ‘laser’. Mungkin dah terbiasa dengan cara tu, jadi pada mertua dan ipar duai saya, saya minta maaf kalau ada perkataan yang tak sedap diterima. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk menjadi anak dan menantu yang lebih baik. Senang bunyinya tapi agak payah nak dilaksanakan, secara jujurnya.

Mama seorang yang baik, tiada diskriminasi antara saya dan anak2nya yang lain. Kadang2 rasa lebih ‘manja’kan saya pula kalau saya dan Kak Da ada di rumah, Kak Da yang kena buat lebih kerja. Minta maaf Kak Da, tak bermaksud nak jadi ‘boss’. InsyaAllah lepas ni Hidayah step up, ok🙂

Bersama Mama, Bapak, Kak Da & Ibu & Ayah di hari pertunangan

Di hari lahir Mama, kami doakan segala yang terbaik buat Mama. Moga Mama dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan & kebahagiaan, dilimpahkan nikmat iman hingga ke akhir hayat. Mudah2an kami menjadi sebahagian daripada keluarga bahagia Mama.

2 thoughts on “Coretan Buat Mama… a.k.a Opah Jamaiah :)

  1. aya January 11, 2011 / 12:06 pm

    Hepy Besday to Mama…mother-in-law yang tersayang…k.aya 100% agree apa yang hidayah ckp ni…rupenya apa yg kita rasa sama yer…hehehe…tu la semoga kita dpt jadi menantu yang baik dlm family ni…aminnn….kite kena usahakan…chaiyokkk ibu rayyann & ibu aleesya raihanah….:)..Buat Mama….semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur…diberikan kesihatan yang baik…dilimpahi kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat…AMIN.

    • Ummu Rayyann January 12, 2011 / 2:20 pm

      hmm.. maybe semua menantu ada rasa yg sama kot..;) maklumlah, parents in-law ni dah dianggap parents sendri.. tp bezanya kita belum biasa dgn cara. insyaAllah sikit2 belajar utk adapt. Allah xpandang pd akhirnya, tp pd usahanya kan..
      p/s: rs Mama x akan baca pon post nih.. hehe.. tp minta2 apa yg didoakan dimakbulkanNya..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s