Halal – dua isu berbeza

Nampaknya isu halal memang susah nak selesai.

Maksud isu halal di sini ialah kehalalan makanan dari segi sumber fizikal, iaitu isi kandungan, penyembelihan binatang, cara proses.

Dua hari lepas isu halal muncul dalam dua akhbar online yang saya baca dari dua negara (& benua) berbeza, yang mana mempunyai majoriti penduduk yang menganut agama yang berbeza. Negara tersebut ialah Malaysia (pastinya) & UK.

Sedang isu halal di Malaysia berkisar tentang ‘penipuan’ pengeluar produk – ada yang menggunakan label JAKIM palsu, sijil halal JAKIM sudah luput; dan ketidak-sensitifan pengguna Muslim dalam menggunakan produk yang dijamin halal (beli secara lewa), di UK lain pula terbalik ceritanya.

Sembelih cara Islam & Kosher tu inhumane

Berita di dailymail.co.uk menyatakan top supermarkets seperti Tesco & Sainsbury menjual daging halal tanpa label halal. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan para pelanggan.

Kalau di Malaysia, daging yang disembelih secara halal dimakan tanpa sebarang masalah oleh semua lapisan masyarakat yang makan daging tanpa mengira agama, di UK isu yang timbul adalah penyembelihan yang dilakukan oleh orang Islam adalah ‘kejam’, tak berperikemanusiaan.

Berperikemanusiaan? Sembelih manusia ke haiwan?

Oh, okay. Jenaka sebentar (walaupun rasanya tak menggelikan hati..)😛

Adakah Allah itu kejam, tidak bersifat adil apabila memerintahkan sesuatu perkara dibuat sedemikian rupa? Antara peraturan Tuhan dan manusia, yang mana satu lebih baik?

Sebagai umat Islam, kita memang sedia beriman akan segala perintah dan suruhan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Bukan sahaja umat manusia tapi seluruh alam.

Hal ini membuatkan saya terfikir, siapa sebenarnya orang yang memulakan peraturan ‘humane killing towards animals’ ni. Apa yang menyebabkan dia fikir kalau nak bunuh haiwan kena ‘stun‘ dulu, supaya kurang sakit. Apa dia pernah melalui kematian kah? Atau pernah direnjat dengan elektrik sebelum disembelih kah?

Sangat mustahil kan? Melainkan dia pernah melalui semua tu di dalam mimpi. Tapi rasanya kalau seseorang tu bermimpi dia melalui kematian, saya pasti dia akan beriman dengan Allah. Alasan saya berkata begitu adalah kerana biasanya cara itu adalah pembuka jalan menemui hidayahNya. Mungkin juga saya salah.

Kalaulah para pelanggan yang menentang makan daging halal tu tahu… Kalaulah mereka berfikir… Mungkin sebab tu dalam Quran banyak ayat2 diakhiri dengan ‘bagi mereka yang berfikir’.. Kalaulah mereka lebih berfikir tentang kejadian alam, kejadian manusia sendiri.. Mudah-mudahan mereka dikurniakan hidayah olehNya.

 

Lembu disembelih. Klik gambar untuk sumber

Peka dengan isi kandungan

Berbalik pada isu halal di Malaysia.

Terus terang waktu di Malaysia saya salah seorang daripada umat Islam Malaysia yang take things for granted. Fikir di Malaysia selagi tak jelas (atau heboh) benda tu haram, saya beli dan makan dengan senang hati.

Tapi sejak berada di UK ni, saya lebih jaga tentang apa yang dibeli. Segala isi kandungan akan dibaca dengan teliti. Kalau nak harap tunggu beli produk yang berlabel halal je, memang sangat terhad pemakanan kami jadinya. Satu perbezaan produk yang ada di UK ni yang saya perhatikan, pada label isi kandungan tidak ada label ‘menggunakan pengawet & pewarna yang dibenarkan’ dan sebagainya. Tetapi mereka menyenaraikan setiap satu bahan pengawet, pewarna, perisa yang dicampurkan. Jadi kita tahu setiap isi kandungan tu.

Alhamdulillah, banyak juga benda dipelajari bila tinggal di negara bukan Islam ni.

Jadi, saya syorkan untuk kaum keluarga, rakan-rakan muslim untuk sama-sama menyemak kandungan produk makanan. Jangan ‘take things for granted’ sebagai jalan mudah. Nak makan di kedai & restoran bukan muslim, pastikan mereka sediakan makanan halal – tengok logo halal lah caranya😀

Wallahu’alam..

Makanan halal, kita pun suka!

Boleh jadi slogan kempen tak? hehehe….

2 thoughts on “Halal – dua isu berbeza

  1. tiha February 15, 2011 / 5:28 pm

    nice post kak dayah:)
    sejak timbul macam2 isu pasal halal haram ni, rasanya ramai org kat sini dah sedar dan ambil extra precaution. baca label, beli daging di kedai islam cthnya Kohalal, walaupun harganya tinggi sikit. tesco giant semua dok tepek halal logo. siapa takda lambang halal rasanya payah nak berniaga skrg ni, sbb org dah mula was was.

    kalau baca paper tempatan macam2 cerita, dari isu sijil palsu, sijil dari lau Malaysia, isu ternakan tu sendiri dan tak kurang jugak pengendalian di tmpt penyembelihan / abbatoir sendiri.

    sushi king punya cerita, depa letak “alcohol free & pork free”. tapi rasanya kedai lain pun byk lagi yang macam tu. yg mereka faham bila “pork free” je = halal la.

    • Ummu Rayyann February 16, 2011 / 11:33 am

      alhamdulillah.. entry lebih kurang sbb xpandai nk cerita😉

      ye ke sampai gitu jdnya.. itulah, kdg2 kita nk je kata muslims buatla business produk halal. bila ada, selalunya mahal sket la. dah xsupport business org tu pulak. tp kalau mentality muslims malaysia dah berubah, alhamdulillah.

      kita pun x fahamkan non muslims betul2 halal tu mcm mana. kna la pihak berwajib educate semua org. ai, kdg2 bnda ni politic jugak rasanya. muslims pun slalu terlepas pandang (@ pikir?) pork free tu blom tentu halal.

      kita ni pun sgt adventurous bila ada bnda mknn baru suka nk try2 kan😉 apa lagi, slalu org ambik kesempatan, ambik jln mudah. pa’kal la kitorg ni dok UK kurang terdedah dgn mknn2 baru.. hehe.. npk sdp kalu, cari resepi kena masak sndiri.. (huwaa..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s