Jiwa Pemuda..

Have you noticed that I’ve added a new list of links – ‘Jiwa Pemuda’ – at the side of my blog?😀

Why ‘Jiwa Pemuda’?

If you think I’m trying to preserve my youth.. yes, you’re definitely right!

Saya kini sedang menjalankan usaha me’muda’kan diri dari segi pemikiran, semangat waja, keberanian etc, etc.. (would be great if I could preserve my youthful look too, but a little late maybe.. LOL!)

As mentioned by Allahyarham Dr Fathi Yakan, the Youths are the agent of change. It doesn’t matter what your age is, as long as you have the determination to change yourself and the people around you to the better, you are the ‘PEMUDA’.

Semangat Pemuda

Saya memandang tinggi pemuda-pemuda yang saya masukkan dalam senarai ‘Jiwa Pemuda’ saya, juga pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi lain yang turut sama berkongsi semangat kepemudaan ini. Mereka ini telah membuka mata saya untuk melihat dunia ini secara lebih kritis, tidak hanya melihat kepada diri tetapi apa yang lebih besar berlaku di luar sana.

Saya turut cemburu kepada mereka, kerana mereka telah mula membawa corak perubahan kepada masyarakat ketika usia mereka masih muda. Kesedaran telah berada bersama mereka dari awal lagi. Sungguh besar kebaikan pada pihak mereka. Saya yakin, ini adalah hasil tarbiyah sejak kecil juga.

Mengenang kembali diri saya ketika di usia mereka, saya sangat leka dengan hiburan, relationship, studies, tanpa memikirkan ada perkara yang lebih besar selain itu. Betapa tahap kesedaran adalah di paras minima ketika itu. Sedangkan Ibu dan Ayah telah berusaha sebaik mungkin untuk mendidik diri saya ini sedari kecil. Hai, peer pressure ke? :S Atau mungkin diri sendiri sengaja membutakan hati, menutup mata pada perkara-perkara kebaikan.

However, it’s better late than never. Alhamdulillah, praise to Allah for the chance He’s given me to change myself. Biarlah saya lewat matang, sekurang-kurangnya masih berpeluang untuk mendidik anak (-anak) yang pastinya turut menjadi manhaj perubahan masyarakat di masa hadapan, seawal mungkin. InsyaAllah.

Setakat ini, saya sudah masukkan 4 nama: Hilal Asyraf, Marwan Bukhari (Marbu), Anwar Hadi dan Aiman Azlan. (Aik, lelaki semuanya?). Saya belum berjumpa dengan penulis wanita popular yang seperti mereka lagi (if you know anyone, please recommend her to me🙂 ).

Antara empat pemuda ini, Hilal Asyraf merupakan pemuda pertama yang saya kagumi gaya pemikiran dan penulisannya. Marbu tak kurang hebat penulisannya, sangat matang. Lebih formal berbanding Hilal, saya rasa.

Anwar Hadi dan Aiman, mereka lebih saya kenali sebagai vlogger. Terus terang saya kurang membaca blog Anwar Hadi, lebih menonton vlognya. Vlog yang berisi dan tetap menghiburkan. Tetapi saya minat membaca blog Aiman, santai tetapi padat dengan dakwah.

Seorang lagi vlogger yang mendapat tempat di hati ramai yang turut menarik minat saya ialah Matluthfi (dalam video di bawah):

Gaya bersahaja, tetapi menyampaikan mesej yang penting. Bukan sekadar bersuka-suka membuat video hiburan kosong.

Saya berharap agar semangat ini terus membakar, membawa lebih ramai anak-anak muda di Malaysia terutamanya, dan di seluruh dunia amnya untuk membawa perubahan kepada dunia ini. Dunia Islam terutamanya. Moga Islam terus berkembang. Mudah-mudahan juga, usaha anak-anak muda ini mendapat keredhaan daripada Allah dan dibalasNya dengan balasan syurga di akhirat kelak.

Ameen.

Bacaan tambahan: ‘Merubah Pemuda Menjadi Agen Perubahan’ – oleh Al-Ustaz Abu Ridhwan

I have a personal female friend (juga ada pertalian keluarga sikit – bau bau bacang), who also has the same sensitivity to what is happening around the world. Her name is Maryam Jameelah, if you want to check her out on her facebook.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s