Ayahanda Aziz Osman, selamat ulangtahun!

Ah, saya kelewatan sehari..

Ulangtahun Ayah yang ke 59 adalah pada hari semalam sebenarnya..

.

Tapi, dek kesibukan memuat-naik gambar percutian yang banyak di FB (juga kekeringan minat dan idea untuk mencoret panjang) menyebabkan tergendala rancangan mencoret untuk hari ulangtahun ayahanda tersayang ini. Selain daripada itu, saya pun tercari-cari idea, gaya manakah yang sesuai untuk dicoretkan khas buat Ayah. Seriuskah, lawak kah.. puisi kah, biografikah?..Apapun, beginilah coretan saya kali ini….

Inilah ayah saya, Hj Abdul Aziz Osman.. kurang setahun mencecah usia 60 tahun.

Pada wajah Ayah, terserlah kematangan. Full of wisdom, as they say in English. Sifat kebapaan, kini ke’datuk’an😉 sentiasa terpancar dari raut wajah Ayah.

.

Ayah sangat bersemangat waja – sifat yang sedikit sebanyak ada kami warisi (Alangkah baiknya kalau lebih banyak yang kami ambil *sigh*). Ayah seorang yang optimis, berpandangan jauh. Beliau sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Semangat itulah yang sering diserukan kepada kami.
.
Ayah seorang yang mengambil berat tentang perkataan ‘USAHA’. Keadaan Ayah kini adalah dari hasil usaha kerja keras Ayah selama ini. Ayah bukan serta merta dilahirkan mewah. Seingat saya, Ayah pernah bekerja sebagai buruh, office boy, operator (?) di Telecom Singapore (di mana Ayah & Ibu berkenalan *wink,wink*). Kemudian Ayah ambil peluang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang Business & Management di ITM, walaupun mendapat tentangan daripada arwah Datuk (kalau ikut kata Ibu) kerana Datuk perlukan Ayah sebagai anak sulung dalam keluarga untuk bekerja, membantu menyara keluarga. Tapi siapa sangka, sifat Ayah yang memandang jauh ke hadapan terbayar.
.
Ayah kemudian diterima bekerja di Bank Bumiputra. Bermula sebagai pegawai kewangan, Ayah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah sehingga diangkat menjadi pengurus cawangan, dari yang kecil (di JB, Ipoh) ke yang besar (di KL). Kejayaan Ayah hasil sedikit pengorbanan suatu ketika dahulu, dengan izin Allah, dapat menampung keluarga nukleus dan juga membantu keluarga besar Ayah.
.
Ayah sangat mementingkan pendidikan di kalangan kami, anak-anaknya. Ayah (& Ibu) selalu berpesan, kalau Ayah ada diploma, biar anak-anak lebih dari Ayah. Jadi alhamdulillah, saya dan kakak menyahut panggilan Ayah & Ibu. Alhamdulillah, syukur juga kami ada kecenderungan untuk sambung belajar selepas ijazah pertama🙂 Ayah pun turut sama, tidak hanya cakap tak serupa bikin, tetapi selepas bersara dari kerja di bahagian kewangan, Ayah mengambil peluang untuk belajar lagi. Sekarang Ayah sedang mengambil jurusan Sains Politik peringkat ijazah sarjana muda. Didoakan Ayah berjaya dengan cemerlang (the same prayer goes for myself.. huhu..).
.
Walaupun Ayah dahulu sibuk dengan kerja-kerja beliau, Ayah tetap tak lupa meluangkan masa untuk keluarga. Jika ada kesempatan, Ayah akan membawa kami sekeluarga bercuti. For me, the best was when we went to Kuching in 2000 (?), since all of us were there (Ika dah ada waktu itu, hehe..). Ayah turut prihatin dengan pendidikan Islam kami. Waktu saya lebih muda dahulu (hehe..), kerapkali Ayah mengimamkan solat maghrib dan isya berjemaah. Dan di antara waktu itu, Ayah akan memberikan sedikit tazkirah daripada kitab-kitab yang Ayah baca. Usrah! Konsep yang sekian lama Ayah telah terapkan dalam keluarga, cuma dulu saya ambil endah tak endah, tapi kini saya tercari-cari semula. Alangkah ruginya dulu kurang mengambil kisah. Ah, jiwa pun masih leka. Seingat saya, usrah masih dilakukan oleh Ayah setahun dua sebelum saya berkahwin. Tapi sangat jarang, memandangkan masing-masing sudah berada jauh dari rumah. Sedari itu pun, surau Al-Iman berhampiran rumah selalu mengadakan pengisian-pengisian, jadi kami hanya mengikut aktiviti yang diadakan.
.
Pengurusan kewangan. Tak sah kalau seorang pegawai kewangan tak mendidik anak-anak cara menguruskan kewangan. Secara ringkasnya, Ayah memastikan kami masing-masing mempunyai akaun simpanan sejak kecil, dan menyimpan walau sedikit wang harian yang ada. Petua yang sama untuk wang gaji apabila kami sudah mula bekerja. The least is to save 10% of what you get.
.
Ah, kalau ikutkan hati baaaa…nyak lagi yang ingin saya catatkan tentang Ayah. Kebaikan, kemuliaan hati, kegarangan (eheh.., biasalah, ayah.. hihi) dan lain-lain lagi. Apapun, I sum up that Ayah is the best father I could have asked for.
.
Buat Ayah, Hidayah doakan Ayah sentiasa di bawah peliharaan & rahmat Allah swt. Segala jasa baik Ayah mudah-mudahan dibalas Allah dengan balasan syurga. Semoga amal ibadah Ayah diterimaNya. Semoga Allah mengurniakan kesihatan & kebahagiaan buat Ayah. Dan harapnya Hidayah (dan adik beradik yang lain) memenuhi sedikit sebanyak impian Ayah sebagai anak-anak yang Ayah banggakan🙂 Mudah-mudahan kita semua sentiasa di bawah keredhaanNya.  Ampun dan maaf atas segala salah silap Hidayah pada Ayah selama ini.
I Love You, Ayah🙂
p/s: Rindu untuk bertemu Ayah lagi🙂

2 thoughts on “Ayahanda Aziz Osman, selamat ulangtahun!

  1. mrsdjones May 8, 2011 / 9:09 pm

    Dayah dear,
    You are so lucky to have him as a father and he must be proud to have you as his daughter. Alhamdulillah🙂 Si kecik sihat? hehe

    • Ummu Rayyann May 9, 2011 / 2:06 pm

      Thanks Nette..

      Alhamdulillah.. Yes, I’m lucky. And yourself too is lucky to have such a lovely family, especially two gorgeous daughters🙂

      Si kecik tu makin membesar & nakal.. hihi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s