Ciao!

Waktu ini, saya mencoret dari Itali.

Menghadiri kongres selama 5 hari di Florence. 5 hari merantau sendirian. 5 hari menimba ilmu dan pengalaman. 5 hari juga menyimpan rindu pada sang suami dan sang anak.

Barangkali hal berjauhan ni perkara biasa bagi sesetengah orang. Tapi saya tak biasa.

Apapun, bukan hal itu yang saya nak tekankan dalam coretan kali ini. Hari ini, sekadar nak bercerita tentang perjalanan ke Florence tempoh hari (14 Julai).

Di Frankfurt

Bertolak dari Birmingham, transit di Frankfurt selama 3 1/2 jam mengikut jadual. Pertama kali menjejakkan kaki di Jerman. Airportnya sibuk juga. Barangkali sebab waktu siang pun. Terfikir untuk solat di situ sementara waktu terluang banyak, instead of jamak taakhir. Anggarannya akan terjumpa ‘multifaith prayer room’ seperti di airport UK. Paling teruk, solat di celah yang sedikit sunyi. Tetapi, alhamdulillah, Allah ketemukan dengan papan tanda ‘Muslim prayer room’.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur. Musolla agak selesa, walaupun ruang untuk wanita kecil, tetapi untuk lelaki lebih kurang sebesar musolla di Portland Building di UoN. Ada ruang wuduk untuk wanita di situ. Maka tak perlu saya menapak ke tandas untuk mengangkat hadas kecil.

Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa turut disediakan

Ruang yang bersih, selesa. Syukur dipanjatkan sekali lagi kerana Allah telah memudahkan urusan ibadat saya hari itu. Saya tidak dapat menolak kehendak hati untuk meninggalkan catatan di dalam guest book. Berterima kasih kepada mereka yang telah digerakkan hati oleh Allah untuk menyediakan tempat solat kepada muslimin dan muslimat.

Yakin pada Allah

Sewaktu menunggu connecting flight, pihak Lufthansa Airlines membuat pengumuman memohon volunteer untuk menukar waktu penerbangan dari jam 4 pm ke 4.50pm kerana overbook (macam mana ntah). Saya keberatan walaupun ditawarkan wang sebanyak €125, memikirkan saya perlu tiba di tempat penginapan sebelum jam 7pm.

Kita hanya merancang, tapi Allah sebaik-baik Pemegang Perancangan. Flight seterusnya ke Florence lewat 1 1/2jam. Sepatutnya saya berlepas jam 4pm. Sewaktu jam hampir ke pukul 5pm dan masih tiada berita tentang penerbangan kami, saya mula resah lalu saya menghantar teks kepada pemilik B&B (bed & breakfast) yang saya belum tahu akan sampai bila. Hati terdetik barangkali flight 4.50pm dah selamat berlepas. Alhamdulillah, pada jam 5.15pm, kami dibenarkan untuk boarding. Tapi saya tahu saya pasti tak akan sampai sebelum pukul 7. Tepat sekali, jam 7pm baru kapal terbang mendarat di Florence. Sampai di dalam airport terus saya menelefon B&B. Pemiliknya memberi masa sehingga jam 8 untuk saya tiba kerana dia perlu pulang.

Ok, pasti sempat.

Tapi menunggu checked-in bag pula yang lama. Hampir setengah jam. Rupanya kalau tak salah bag saya sudah melalui dua kali pusingan sebelum saya kenal itulah dia begnya! (Duh!) Segera diambil. Alhamdulillah tiada masalah sehinggalah…

ke tempat menunggu teksi.

Subhanallah, ramainya yang beratur. Dan tiada satu teksi dalam pandangan. Saya ada lebih kurang 20 minit lagi. Perjalanan lebih kurang 10-15 minit dari airport ke B&B. Mula-mula saya berselawat menenangkan hati. Hampir setiap minit saya perhatikan jam. Sekali sekala datang satu teksi. Sedikit lega. Tiada teksi untuk 2 minit (panik!).

Ketika itu, saya hanya mampu berdoa “Allahumma rabbi yassir wala tu’assir” .. Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan.

Dengan penuh pengharapan dan yakin..

Alhamdulillah, 5-6 teksi datang selang beberapa saat. Hampir sepuluh teksi kemudian, tiba giliran saya. Ada lebih kurang 7 minit lagi. Dan memang Allah itu Maha Pemurah, pemandu teksi itu memandu secara ‘gila’. Sangat laju tetapi cekap. (Alhamdulillah saya selamat). Dan alhamdulillah sekali lagi saya sempat tiba, walaupun lewat 2 minit. Pemilik B&B pun okay, memandangkan saya sudah beritahu beliau terlebih dahulu tentang kelewatan saya.

Kesimpulannya, tanamkan rasa yakin selepas memohon kepada Allah. Kadangkala kita kata kita bertawakal, tetapi masih ragu. Walaupun barangkali Allah tak perkenankan pada waktu itu, tetaplah yakin padaNya. InsyaAllah..

Buona notte! (Selamat malam..)

Nota kaki: Mood nak berbahasa Itali tapi tak tau;)

2 thoughts on “Ciao!

  1. Ana July 18, 2011 / 11:05 am

    Suka sangat baca entry ini Dayah. Ana pun sama macam Dayah, tidak biasa berjauhan dengan suami dan anak2 kecuali masa dok hospital haritu:) Haritu pun Aziz pergi Italy 6 hari ada cornference yg diadakan 4 tahun sekali. Tapi Ana tak ikut, stay kat rumah dengan anak2 (pertama kali kena tinggal:D)

    Hidayah travel ke Italy sorang2 ke? Hidayah hati2 di sana sebab di Italy ramai pickpocket. Kalau pergi ke Duomo tu hati2 dengan orang yang menjual makanan burung disitu sebab Aziz kena pau dengan depa.

    Take care ye.

    • Ummu Rayyann July 18, 2011 / 5:27 pm

      Alhamdulillah, thanks Ana..

      Sbnrnya ada sorg lg dr lab group yg sama, tp dia lelaki & xbrp ngam dgn dia. So, mmg jalan sendiri je nampak gayanya. Itulah, ada jugak risau, tapi tawakal & jalan kat tempat yg memang ramai orang. Oh ye ke ada byk pickpocket? Alhamdulillah, Hidayah pakai baju labuh2, duit & brg berharga masuk poket seluar jadi susah sikit la nak kena pick pocket. Takkan diorang nak selak tinggi2 kan.. haha..

      Terima kasih atas nasihat. InsyaAllah, esok balik. Yeah, xsabarnya! hehe.. Doakan perjalanan pulang Hidayah selamat 🙂

Leave a comment