Di mana kita Eid-ul Adha ini?

‘Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.. Lailaha illallah Allahuakbar.. Allahu akbar walillahilhamd’

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Salam Eid-ul adha buat semua muslimin  dan muslimat. Satu lagi hari besar yang disuruh kita meraikannya. Moga peristiwa-peristiwa di sebalik hari yang mulia ini menjadi pengajaran buat kita semua (fasa-fasa pengorbanan dalam Islam dan kaitan Hari Raya Korban dalam post terdahulu: It’s December 2010). Didoakan para tetamu Allah tahun ini diterima ibadah haji kalian oleh Allah swt. Dan bagi umat muslimin yang tidak menunaikan haji, didoakan segala bentuk pengorbanan turut diterimaNya.

Kalau diikutkan tahun lepas dan awal tahun ini, kami merancang untuk menunaikan haji waktu ini. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami, perancangan kami tidak diizinkan untuk berlaku. InsyaAllah, suatu hari nanti jika diizinkanNya.

One day, insyaAllah.. (Photo: Ancello.tumblr.com)

Alhamdulillah, kita masih diberi ruang untuk bernafas. Walaupun ketika ini nafas saya sedikit semput hasil dari kerja keras (fizikal & mental) di sekolah sejak beberapa bulan yang lalu. InsyaAllah menunggu masa untuk kerja-kerja fizikal sekolah berakhir sebelum bermulanya kerahan mental tahap maksima. Dengan ruang yang diberi ini, alhamdulillah beserta kesihatan dan keimanan, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi.

Sudah dua bulan lebih selepas berakhirnya Ramadhan. Rasanya sudah sangat sesuai untuk kita bertanya, meneliti diri.. dimanakah tahap keimanan kita ketika ini. Bagaimanakah didikan Ramadhan kita? Adakah sudah sebati didikan tersebut atau perlu dididik semula dari awal apabila tiba Ramadhan nanti. Beruntung jika bertemu kembali. Tetapi amat rugi jika perlu ditarbiyahkan semula tapi tidak sempat hadir ke sekolahnya lagi.

Sekian entry pendek ini. Moga peringatan membawa manfaat untuk diri sendiri yang perlu sentiasa dikoreksi.

Nota kaki: Happy birthday for my beloved soul-mate (10 Dzulhijjah)🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s