Terkesan…

Terkesan..

Apabila seusai solat zohor di musolla suatu hari, seorang nenek yang tidak dapat difahami bahasa perbualannya, yang ada berkata sesuatu pada diri ini tapi diri tak mengerti, tiba-tiba memberikan pelukan sebelum memberi salam dan berlalu keluar..

Terkesan..

Apabila seorang kenalan Arab dari Madinah, bertanya khabar dan meminta supaya diberitahu sekiranya kesempitan wang agar dia dapat menolong..

Terkesan..

Apabila membaca tulisan Ustaz Hasrizal ketika beliau di dalam penjara, yang mana seorang muslim telah menghadiahkan persaudaraan bermakna walaupun untuk seketika..

Terkesan..

Apabila membaca email seorang sahabat, yang memberitahu tatkala hidupnya serba kesempitan, pertolongan Allah tiba dalam bentuk yang tidak disangka-sangka, menerusi saudara-saudara seIslam juga walaupun bukan sebangsa..

Terkesan.. sesungguhnya ukhuwah Islamiyah dan fillah itulah yang termahal, tak ternilai..

Berdoa moga dapat dikembalikan semangat ukhuwah fillah yang dikesan kepada mereka-mereka yang berkenaan..

Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s