Bukan sekejap

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin (IM) dalam pilihanraya pemilihan presiden negara baru-baru ini. Tahniah kepada calon IM, Dr Morsi.

Membaca serba sedikit perkataan-perkataan yang telah dilontarkan oleh Dr Morsi, keazaman dan agenda beliau ke seterusnya sedikit sebanyak melegakan perasaan yang sempit lantaran ‘political scene’ di tanah air sendiri. Sampai satu peringkat dua tiga hari yang lepas, saya terfikir untuk menetap seketika di Mesir, kerana harapan masa depan nampaknya lebih cerah di sana berbanding di tanah air nanti.

Petikan ucapan saat awal kemenangan (image: http://kebunketereh.com)

Perkara penting untuk dijadikan iktibar hasil peristiwa penundukan kezaliman dan permulaan penegakan keadilan ini, bahawa untuk berjaya dalam perjuangan memerlukan tarbiyah, pengorbanan dan keimanan yang tinggi. Perjuangan IM lama bermula berpuluh tahun, lebih lama daripada usia ayah. Sistem usrah yang dijalankan, bukanlah semata hanya – ‘quoting Angel Pakai Gucci’“asyik berbulatan gembira sahaja” tetapi untuk mendidik keimanan dan kefahaman Islam. Dan usaha yang bertahun, mendidik satu generasi ke satu generasi.. alhamdulillah mula membuahkan hasil.

Kemenangan ini bukan kemenangan mutlak IM, tetapi kemenangan kecil yang membuka ruang untuk perjuangan yang lebih besar. Untuk mengembalikan daulah Islamiyah, yang mana apabila umat Islam memerlukan tempat mengadu, kita ada sistem Khilafah kita. Juga merupakan kemenangan besar buat rakyat Mesir yang bersatu menjatuhkan kezaliman.

InsyaAllah, kemenangan ini membakar semangat saya untuk mendidik anak (-anak) untuk berjiwa besar seperti anak-anak Mesir dan Palestin. Dan semoga perjuangan kita semua diredai Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s