Ibu yang garang!

  1. Saya bukanlah bercakap tentang sesiapa yang garang (walaupun ada sedikit relevan dengan ibu saya), tetapi hanya diri saya sendiri.
  2. Saya sentiasa fikir bahawa ibu saya seorang yang garang sewaktu saya kecil dahulu, tetapi saya rasa kalau dibandingkan ibu dahulu, saya lebih teruk lagi (sobs!).
  3. Saya akui kadangkala emosi saya sangat melebihi rasional saya; walaupun kadangkala rasional saya ada melakukan tindakan (memujuk hati) tetapi selalunya emosi amarah saya yang akan menang – yang seterusnya membuatkan saya menyesal sendiri. Tak perlu saya perincikan apakah tindakan yang pernah saya buat kepada anak saya (anak, bukan anak-anak, kerana yang selama ini yang menjadi mangsa amarah melampau saya hanya seorang), tetapi cukup saya katakan perbuatan yang saya lakukan melebihi jerit tengking.
  4. Saya sangat-sangat berusaha untuk mengurangkan kemarahan saya kepada anak . Ada sedikit perubahan yang baik kini tetapi masih jauh daripada apa yang saya perlu buat. Seringkali si anak mencabar dan menduga kesabaran saya, tetapi sepatutnya saya tak boleh marahkan anak kerana dia belum mumayyiz lagi.
  5. Semuanya masih berbalik kepada saya, saya yang perlu mengubah diri, lebih muhasabah diri.

image
Imad & Rayyann
Merotan anak
  1. Saya terpanggil untuk menulis entri anak kerana isu merotan anak yang timbul dua, tiga hari ini.
  2. Saya sangat-sangat tidak setuju dengan reaksi ramai yang mengatakan ketidakpuasan hati dengan tidak boleh merotan anak kerana ia sebahagian daripada cara Islam. Cara Melayu saya masih boleh terima, tetapi cara Islam?
  3. Secara ringkasnya, pendapat saya tentang isu merotan ini pertamanya sangat selari seperti apa yang dikongsikan oleh Dr MAZA dalam tulisannya; iaitu daripada reaksi orang ramai seolah-olah Islam sangat menitikberatkan hukuman sedangkan sebenarnya pendidikan yang baik  yang penting. Isu ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan isu hukum hudud. Pendapat lain yang sealiran ialah tulisan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam Sinar Harian.
  4. Point kedua yang saya tidak setuju adalah tentang orang yang cuba menegakkan bahawa rotan itu perlu sebab dahulu mereka pun biasa dirotan dan tidak jadi apa-apa. Mungkin mereka terlupa generasi dahulu tidak sama dengan sekarang. Saya tidak setuju untuk terlampau memanjakan anak (seperti bahagian awal post ini tentang ibu yang garang), tetapi untuk menyamakan kaedah melayan (‘treatment’) anak-anak waktu kita dahulu dengan anak-anak sekarang sangatlah tidak sesuai. Sedangkan kalau pendidikan ‘formal’, seperti kata seorang tokoh Islam (Saidina Ali kah? saya kurang pasti), yang bunyinya lebih kurang begini:  ‘didiklah anak kamu mengikut zaman mereka, bukan seperti zaman kamu’. Apa yang tersirat di sini: PERUBAHAN. Perubahan pasti berlaku dengan berlalunya zaman. And (to) change is a must. One method might work effectively before but might be not now. 
  5. Jadi, point untuk “anak perlu dirotan/dipukul  kerana dahulu saya dididik begitu” adalah sangat tidak relevan. Yang penting berlembut dan memujuk anak tetapi dalam kelembutan ada ketegasan, itu yang penting dalam mendidik anak-anak.
  6. Point ketiga: orang Malaysia gemar melatah/memberi reaksi tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita/berita. Setelah dibentangkan perincian undang-undang baharu yang hendak diusulkan, saya rasa tiada isu pun sebenarnya dengan penggunaan rotan dan jenayah ini.

Ya, saya dahulu dipukul ibu dan ayah, mungkin kerana kekhilafan mereka dan kenakalan saya sendiri. Saya tidak kisah itu, saya tidak marah ibu ayah saya. Dan saya berusaha untuk tidak buat perkara yang sama untuk anak saya. Walaupun sudah banyak kali gagal, tetapi usaha tetap usaha. Moga Allah ampuni dosa-dosa saya kepada anak- anak saya yang dipinjamkan ini, dan semoga Allah merahmati kedua ibu ayah saya dan mengampunkan dosa-dosa mereka. Ameen..

image
My happy nieces: Nourah & Dania. Pic courtesy of my bro, Naufal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s