Ibu yang garang!

  1. Saya bukanlah bercakap tentang sesiapa yang garang (walaupun ada sedikit relevan dengan ibu saya), tetapi hanya diri saya sendiri.
  2. Saya sentiasa fikir bahawa ibu saya seorang yang garang sewaktu saya kecil dahulu, tetapi saya rasa kalau dibandingkan ibu dahulu, saya lebih teruk lagi (sobs!).
  3. Saya akui kadangkala emosi saya sangat melebihi rasional saya; walaupun kadangkala rasional saya ada melakukan tindakan (memujuk hati) tetapi selalunya emosi amarah saya yang akan menang – yang seterusnya membuatkan saya menyesal sendiri. Tak perlu saya perincikan apakah tindakan yang pernah saya buat kepada anak saya (anak, bukan anak-anak, kerana yang selama ini yang menjadi mangsa amarah melampau saya hanya seorang), tetapi cukup saya katakan perbuatan yang saya lakukan melebihi jerit tengking.
  4. Saya sangat-sangat berusaha untuk mengurangkan kemarahan saya kepada anak . Ada sedikit perubahan yang baik kini tetapi masih jauh daripada apa yang saya perlu buat. Seringkali si anak mencabar dan menduga kesabaran saya, tetapi sepatutnya saya tak boleh marahkan anak kerana dia belum mumayyiz lagi.
  5. Semuanya masih berbalik kepada saya, saya yang perlu mengubah diri, lebih muhasabah diri.

Continue reading